Feb 26, 2012

cInTa iTu SaTu AnuGeRah ILLAHI

salam sejahtera blogku sayang and bloggers yang menjengah ke sleeping-blog ku ini....kali ni nak share something tentang cinta......lahir dari kasih sayang yang sukar digambarkan dari perkataan atau pergerakan..tapi, body language boleh membahasakan magic word ni kepada sesuatu yang teramat-amat lah membahagiakan sesiapa yang merasainya...(panjang nyer mukadimah...)

okeh...this is all about LOVE...
1st : parents will do whatever for their kids....well, that's called pure love.
2nd : teachers will do whatever efforts to makes their students can success with flying colors.....that's called trust love.
3rd : friends will do whatever things to makes their another friends can cheers up with them...and that's called true love.
4th : couples / husband&wife will do whatever to makes theirs partners feels very happiness even they will run their own life.....that's called honest love.

Long-lasting love : Human will do whatever at all above to get a love from Allah, which is Creator for all kind of creatures in life...as a human, we will do whatever for LOVE....

mungkin kite ade lagi coretan @ nukilan tentang cinta @ kasih sayang.....tapi bile kite pusing-pusing balik, Allah yang meminjamkan kite tentang kasih sayang dan cinta ini untuk kite share.....untuk kite memberi rasa dan merasai apa itu kasih sayang.....sebab tu, this magic word cannot be seen physically....it also not a virtually..but it is seat deep in our soul and heart...just let it be and we will get the rest....ingat Allah adalah seperti kite mengingati insan-insan yang kite sayang......

sekian dulu nukilan (mungkin pesanan) ikhlas dari saye ^_^ blog sayang, semoga dapat menjadi penghubung ke seluruh dunia...mudah-mudahan ada ilmu yang akan dikongsi di masa depan...thanks to all readers..

wasalam.

Feb 13, 2012

nak jadi lebih baik dari dulu.....

salam sejahtera blog....lame dah tak coret ape2 kat sini....huhu...agak le sempoi skang ni sebab dah tak berape bz....actually sebelum2 ni cube membiasakan diri dengan kematangan duniawi (ayat poyo btul!)

so, skang nih dah de kemajuan sket dlm hidup ^_^ sebabnyer,, skang ni dah de kete sendiri ! VIVA SILVER....tak le cantik pown...tapi okeh lar....agak dah 4 kali bayar kot....hehe....ape2 pun nak warkahkan special THANKS to my parent sebab diorg susah payah menjayakan impianku itu...hukhuk....! and for the people who give support and tolong carikan kete (pihak perodua and kawan abah!) thank you jugak la...akhirnya, dapat gak aset sendiri atas bantuan insan2 yang berkenaan....(maaf! penulisan agak kelam-kabut..)

jadinyer, nak letak gambar belum g...hehe.....just nak share je kat sini...sebab blog ni dah nak jadi sawang ler.....tinggal lelamer sape suh..! haha!! by the way, nanti saya share kehidupan saya lagi yer....opp! g satu...nanti saye nak amik exam MUET....well..untuk masa depan gak...nak gak tengok english education saye ni camner...hehehe...anyway, nanti saye share kat sini k!

harapnyer blog ni tak le bersawang g..sebab pemiliknyer nak active kan semula..(sebelum ni deactivate kan blog jap! haha!) okeh la...nak wat keje balik....semoga baik2 aja ya!

wasalam..

chill this memo k!


Khasiat Surah Al-Waqiah

 Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.


describe by Blog at WordPress.com

sAat kEceRiaAn

sAat kEceRiaAn
mUke mAse mUdE.. ^_^